Sunday, February 20, 2011

ramai kawan ramai lawan!!

(sowi, tepek gambo ko , x minta izin, hahaha,
maafin guwe yeeerrrr)
sebab
gambor ko , betepatan ngan tema n irama tajuk
post aq tuk kali ni hehe :)

------------------------------------------------------------------------------------------------------!!

tajuk memang agak suwey..
tapi tu hakikat hidup kat atas muka bumi ni ..

x smua orang mampu bertahan dengan
diri kita terutamanya

sikap dan
perkataan yg kita lontarkan saban hari ...!!

----------------------------------------------------------------------!!

ayat2 di atas ,
xde kena mengena dgn sape2..
smua dituju khas tuk diri aq ni ..
bukan nak gebang tahap kembang
menyatakan aq ni ramai kawan ...
(cuma nak bgtaw , disebabkan mulut aq yg kecoh lg kepoh ni
ramai gak orang kat luar sane dah jadi kawan aq ...
ye la....aq bukan kisah sape2 pun , aq main tegur je hahaha :)

-------------------------------------------------------------------------!!

*tetibe* ckp soal hati lak....
blog aq, ikot suka aq la nak taip ape !! :P hehehe~

okey , tuk bersih kan hati aq yg memang sedia
karat lagi hitam pekat...
artikel yg di postkan oleh rakan aq ni (wajihah) thanx dear :)
sesuai sgt tuk aq praktikkan....


Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih.”

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 x sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” (Surah Ikhlas) sebanyak 3X.

5. Berma’af-ma’ afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakanlah “Aku sebenarnya.. ….(perkara yang elok-elok belaka).

7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!

8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat.

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Menutup aurat mengikut Islam yang sebenar terutama wanita, bersegera dalam solat dan sebagainya.

17. Pesan pada orang, jadi baik.

18. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dan sebagainya), jangan dengar orang mengumpat.


-----------------------------------------------!!


p/s :

byk pekara2 kat atas, aq x mampu nak buat ,

tapi insya Allah , aq cuba ...

(coz blom cuba , blom tau)

doakan aq bejaya tuk amalkan yea ..tq :)



No comments: