Thursday, May 26, 2011

Saturday, April 16, 2011

bieber fever forever!! :P

(sorry bieber, ur pic looks SUCKS)

i watched bieber's movie (never say never) on friday(15/4/2011)!!
wat i can say here is, most of de scenes r SUCKS!!
only few scences r awesome!!
to b honest i felt regret go to watch de movie,

de worst part was, at de cinema while de movie still playing ,
i felt like wan to get out frm thre !! but coz of my lil sis looks so xcited
watching de bieber ber ber ber~!
i hold my step n keep sitting thre n playing games using my phone, ~!!

laz but not liz, i found diz vid in my fren blog, n i watched it,
damn funny....de funny part , its not bieber , but de
little gurl , her name is CODY~



Sunday, April 10, 2011

terkejut beruk!!! aq x~!! coz cuma teperanjat je~ haha

ada perkara2 di atas 100% tepat, O_O"

(yang paling tepat 101%, bersikap bodoh dlm menghadapi
sesuatu!! weeee~)


Wednesday, March 23, 2011

cermin mata~!!


(gambar ni aq rompak dr blog hamba allah ni ,
hehehe, tuan punye blog, kalo teperasan ,jgn mareee, halalkan ajeee yea :)


2, 3 hari yg lepas ...
dalam pukul 7 lebih
(dekat nak masuk waktu maghrib)
mak cik aq suruh adik aq : asma ~
ambik cermin mata , tuk baca paper...~

so, dgn pantas nye
adik aq pi la masuk bilik mak cik aq
ambik cermin mata...~

*tetibe, mak cik aq menjerit

"makin gelap la dunia aq"

pergh, time ni aq ape lagi
gelak tahap sengal ar....

(adik aq punya bijaksana
dia pegi ambik cermin mata hitam)

**sbnr nye bukan salah adik aq pun
coz bekas(casing) cermin mata hitam n cermin baca
mak cik aq sebijik xde beza, memang patut la adik aq
tesalah ambik ...~

Friday, March 18, 2011

wabak !!


tanggal 14/3/2011
yg telah ditinggalkan ke belakang
merupkan tarikh keramat aq demam panas
sampai suhu mencecah 39.8~!!

(suhu badan aq tinggi berpunca dari kedegilan aq gak,
gatal pi kolej , padahal dah taw yg diri tu x brape
nak sihat since ahad 13/3/2011)

lepas balik dari kolej 14/3/2011, aq tros pi
wad kecemasan, ambik ko SEJARUM (padan muka ko tiqa oi)
ubat jadah ape ntah dokter pelatih tu cucuk
kat bhgn ujung pinggang, atas punggung, sebab suhu dh terlaluzz
tinggi tahap penyapu lidi boleh terbakar !!
dats y la kena cucuk O__o'

------------------------------------------------------!!

15/3/2011 (selasa)
aq pegi gak kolej dlm keadaan yg memang macam siot sbb
kejap okey,
kejap K.O~!!

(gatal gak pi kolej walopun dah taw yg suhu badan
x surut lg, mase kat unit kecemasan dokter cakap aq kena admitted , tp
aq dgn tegas n hampir bertukar menjadi ganas, slumber je menyuarakan
hasrat hati BAGI LA APE2 PUN inject, ubat satu kotak skalipun yg pasti saya xnak MC
or admitted kat hospital)

----------------------------------------------!!

dh panjang sgt la plak citer hal
aq sakit nie....

ok ar, nak dipendekkan or dikontotkan ialah

sekarang , alhamdulillah
demam aq dah okey
TETAPI,
beberapa kawan aq mula

nak demam, selesema, batuk, sakit dada!!

siapa pembawa WABAK kat kelas?

jawapan nya adalah AKU~!!

kepada rakan2 yg sakit, berjangkit dari aq,

MAAFKAN AQ WEY :'(

sekian wassalam ~!

Thursday, March 10, 2011

alhamdulillah ~

hari yang sangat bahagia~!!


p/s: harap hari2 mendatang akn lebih bahagia >:)

Monday, March 7, 2011

hari yg indah !! part 2


be happy!!



be moody!!

be crazy!!
(after test pathology finished haha:)



eating lunch!!


amin disturber!!



i love the smiles!!


target!! and BANG!!



wow! i love diz pic!!



(peace no war, my fav
photos during the day we hang out together at SOGO n MJ,
and guyz, plez dun b mad coz i uploded these photos (above) without asking ur
permission first)

Thursday, March 3, 2011

Terfaktab: Siri Surat Cinta Pilihan : Bekasku, Bekasmu Jua.

Terfaktab: Siri Surat Cinta Pilihan : Bekasku, Bekasmu Jua.: "Kehadapan awak yang memang tak hensem (muka separa bangla-separa nepal) tapi tetap saya sayang separuh mental. Saya harap awak tenang-tenang..."

hari yang indah !! part 1

guyz, aq rompak gambar korang lagi ...~hahaha
jangan marah ....=)



indah ...
ye ar....coz xde peristiwa berdarah pun
yg berlaku hari ni....

.....................................~!

kronologi aktiviti2 ari ni :

lepas test pathology...
aq n member2...
pi berjalan kat MJ n SOGO,
menunaikan hajat..masing- masing..
.(bukan buang najis okey)

antarnya :

ade yg nak beli kasut
ade yg nak copy paste hantu kak limah ( ni hajat aq) haha
ade yg sibuk bergambar sakan
(pelbagai aksi yang SEKSI tahap SEKSA tuk dipandang)
hahaha~

p/s : macam biasa , ari ni sifat malas aq bertambah dahsyat sebab
*dah tebal macam dinding tandas*
jadi...stakat ni je ar...aq nak mengarut kat blog ni~ =)

*peace no war* wassalam =)


Friday, February 25, 2011

hampir tepat @ memang tepat hahaha!


entah la..tetibe..
sifat rajin aq tuk mengolah
sebahagian point dlm gambar di atas
amatlah menebal...

so, dgn ucapan bismillah,,,
aq start nak mengarut but bukan mencarut okey~ :)

  • sgt setia dan pemurah
dengan agamaku (ISLAM)
n setia dengan laptop ...

pemurah..
aq blom kaya lagi nak jadi pemurah nie..hahaha :P

  • bersifat patriotik
ohhh....
ni smua manusia ade...
ye la , cuma manusia berhati karat je yg x cintakan
negara sendiri...

  • sgt aktif dalam permainan dan pergaulan
permainan...
main congkak ...haha..

pergaulan..
ngan sape....aish!!

  • sikap kurang sabar dan tergesa- gesa
yup, aq memang yg jenis
kelam kabut tahap
macam orang yang tengah serabut otak!!

  • bercita- cita tinggi
tinggi....
ala, aq pompuan tinggi mane pun cita2
tetap akn dok kat dapur juga...hahaha...

  • suka m'jadi org berpengaruh dlm organisasi
yang ni ...
hmmm...entah laaaa~

  • seronok bila didampingi
memang la....
xde la rasa idop kat atas bumi ni
lonely....haha :p

p/s : say no to *stress* n yes to *smile* in everything we do !!

Thursday, February 24, 2011

heart :( easy to get hurt~!


hmmmm.....

----------------------!!

MY HEART

no one will able to understand it very well

how my heart breaking?
when my heart breaking?
why my heart breaking
what's makes my heart breaking?

except the Almighty :)

p/s : heart is fragile !


Wednesday, February 23, 2011

Sifat Pemaaf Bersih Hati,Tenangkan Jiwa!!

KETIKA manusia diciptakan, Allah mencipta juga pelbagai bentuk emosi dan keinginan dalam diri manusia yang berbentuk positif dan negatif yang saling mempengaruhi antara satu sama lain. Antara sifat positif yang terdapat dalam diri manusia ialah pemaaf, yakni lawan kepada sifat pemarah dan pendendam. Pemaaf adalah sifat luhur yang perlu ada pada diri setiap muslim. Ada beberapa ayat al-Quran dan hadis yang menekankan keutamaan bersifat itu yang juga disebut sebagai sifat orang yang hampir di sisi Allah.
Allah berfirman bermaksud: “Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali Imran, ayat 132).
Namun, diakui bukan mudah untuk menjadi seorang pemaaf. Sikap negatif yang menjadi lawannya iaitu pemarah sentiasa berusaha menidakkan wujudnya sifat pemaaf dalam seseorang. Pertembungan dua unsur ini mewujudkan satu mekanisme yang saling ingin menguasai diri seseorang. Iman dan takwa menjadi pengemudi melahirkan sifat pemaaf, manakala syaitan pula mengambil tempat mendidik sifat pemarah. Hakikatnya, syaitan sentiasa menggunakan kelemahan manusia untuk digoda dari pelbagai penjuru agar timbul sifat haiwaniah dalam diri manusia. Memang tepat sifat pemaaf itu bukanlah satu perbuatan mudah dilakukan.
Firman Allah yang bermaksud: “Tetapi, sesiapa yang sabar dan suka memaafkan, sesungguhnya termasuk pekerjaan yang berat ditanggung.” (Surah asy-Syura, ayat 43).
Sifat pemaaf memang sukar dilakukan memandangkan manusia sentiasa dikuasai fikiran logik untuk bertindak atas sesuatu perkara sehingga membunuh nilai moral sebenar. Contohnya, bayangkan apakah tindakan spontan kita jika ditipu, dihina, dikhianati, dikecewakan dan perkara lain yang tidak disenangi. Sudah tentu perasaan marah akan menguasai diri dan diikuti pula dengan tindakan berbentuk lisan dan fizikal. Kadangkala, perasaan marah juga disebabkan persaingan untuk mendapatkan sesuatu. Dalam keadaan itu, pesaing dianggap sebagai musuh yang perlu diatasi dengan apa cara sekalipun. Punca ini boleh merebak kepada fitnah, ugutan dan tindakan fizikal secara kekerasan. Emosi manusia mudah terpengaruh ke arah melakukan tindakan yang pada pandangan logik adalah tindakan yang sepatutnya. Apatah lagi jika hasutan syaitan berjaya menguasai diri. Di sinilah pentingnya kita memupuk sifat pemaaf dalam diri. Sesuatu yang logik tidak semestinya betul. Sebaliknya, ajaran agama adalah petunjuk kepada kebenaran yang mesti diamalkan untuk mendapat kebaikan di dunia dan akhirat. Tindakan marah melampau dan diikuti pula dengan tindakan fizikal bukanlah jalan menyelesai masalah atau untuk menunjukkan siapa yang benar. Ketika itu jika diteruskan niat melakukan tindak balas atas kemarahan itu, mungkin ada tindakan yang mendatangkan keburukan sehingga melakukan pembunuhan. Sesiapa berupaya menahan kemarahan, bererti dalam dirinya memiliki kemuliaan, keberanian, keikhlasan dan kekuatan yang sebenar. Sebaliknya, orang yang tidak mampu menahan marah adalah golongan yang lemah.
Nabi Muhammad bersabda: “Bukanlah orang yang kuat itu (dinilai) dengan (kekuatan) dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah.” (Hadis riwayat Bukhari).
Pentingnya sifat menahan marah mendorong Nabi Muhammad apabila diminta oleh seorang lelaki agar berpesan atau mengajarnya mengenai sesuatu perkara, menjawab ringkas iaitu ‘jangan marah’. Lelaki itu seperti tidak berpuas hati dengan jawapan itu. Dia mungkin merasakan apalah besar sangat kebaikan menahan marah. Lalu dia bertanya kali kedua mengharapkan agar Rasulullah memberitahu amalan lain yang lebih besar pahalanya. Tetapi Rasulullah tetap mengulangi perkataan ‘jangan marah’.
Untuk mendidik sifat baik dalam diri perlulah menghampiri diri dengan memperbanyakkan melakukan ibadat wajib dan sunat. Dengan kekuatan takwa dan iman secara langsung akan menjauhkan perkara yang ditegah, termasuk sifat pemarah. Sifat pemaaf lahir dari jiwa dan hati yang tenang hasil daripada tarbiyah yang berterusan. Sebab itu, selalu memupuk sifat pemaaf. Bermulalah dengan perkara yang kecil dan mudah hilang sifat marah. Jika ada sesuatu yang menimbulkan perasaan marah, berfikirlah sejenak untuk terlebih dahulu menilai atau muhasabah diri sendiri terlebih dahulu. Renungkan dalam hati sendiri adakah perkara itu juga berpunca dari kita sendiri? Adakah sebelum ini kita mengambil langkah yang wajar untuk mengelak perkara itu daripada berlaku? Jika kita mampu berfikir sedemikian, cahaya kebenaran mudah memasuki ruang hati dan memberi petunjuk apakah tindakan yang wajar dilakukan seterusnya. Pada ketika itu syaitan tidak berpeluang untuk menyemarakkan perasaan marah, yang lahir adalah keinsafan dan sifat memaafkan.
Sifat pemaaf memberi manfaat yang besar kepada diri sendiri terutama dari segi rohani. Orang yang bersifat pemaaf selalu dalam keadaan tenang, hati bersih, berfikiran terbuka, mudah diajak berunding dan sentiasa menilai diri sendiri untuk melakukan kebaikan. Bagi orang yang bersifat pemaaf, padanya tiada seorang pun dalam hatinya tersimpan perasaan marah. Sebab itu, hati orang bersifat pemaaf tidak mudah terbakar dengan provokasi yang menekan dirinya.
Banyak masalah berkaitan hubungan sesama manusia berpunca sifat marah dan membalas dendam. Biarpun perselisihan kecil, perkara itu tidak dapat diselesaikan disebabkan perasaan dendam masih bertapak di hati. Sikap berdendam hanya merugikan kedua-dua pihak. Paling tertekan ialah pihak yang lebih banyak berdendam. Hatinya tidak tenteram dan sentiasa ada perasaan buruk sangka. Kadangkala, yang berdendam hanya sebelah pihak. Sedangkan, sebelah pihak lagi menganggap persengketaan sebelum ini selesai. Jika sifat memaafkan diamalkan, insya Allah, kita juga tidak akan menanggung kemarahan daripada orang lain. Sesungguhnya Allah terlebih awal memberi keampunan dengan rahmat-Nya.

Oleh: Lokman Ismail

Dipetik dr http://halaqah.net/v10/index.php?topic=1464.0


p/s : aq copy paste dari link nie :

http://www.arakian.com/blogs/601-Sifat-Pemaaf-Bersih-Hati-Tenangkan-Jiwa/862.aspx

kekuatan untuk dapatkan kesabaran datang dari keikhlasan dengan satu kemaafan disertai dengan SENYUMAN ~!



to my dear fren

i know u r in pain now..

but,
i know u r strong to handle it,

and,
i know u able to face it,

because,
i know u r sincere to solve de probs,
n i do hope 2morrow...
u'll get extra spirit from de Almighty
to make urself more stronger

=)


Tuesday, February 22, 2011

2 hari dalam kenangan terindah tahap musnah lagi bernanah!!

aq ambik gambar korang tanpa izin n letakkan kat cini
korang jgn mara ek...
n halalkan aje...okiz....hahaha



kenangan la sgt...
tapi memang btol pun ....
dalam mase 2 hari macam2 pengalaman
manis, hampeh , sengal, n siot aq lalui

----------------------------------------------------------------!

hari pertama

makan kat *sagar cafe*
masya Allah....
aq bru nak bismillah makan nasi beryani ...

pergh , tekezut tahap kalut aq dibuat nye
*binatang ternakan keluar ntah dari mane ....
dengan slumber berkeliaran atas meja tempat aq nak makn...!!

ape lagi ...
aq n member aq tukar meja ,
n macam biase la kan ...
aq angkut skali nasi beryani tu skali ...
(n tanpa rase loya ,,aq dgn bangga nye
telah menghabiskan nasi beryani tersebut ....)

hahaha....
memang la aq hbskan ....
coz lipas tu berkeliaran atas meja hokey,
bukan atas nasi beryani aq...
so, kebersihan n kesucian n kehalalan nasi beryani yg aq makan tu
dijamin 100% ....hahaha :)

--------------------------------------------------------------------------!!

hari kedua...

kelas biomechanic start pukul 6.30 pm...
pukul 6.10 pm , still terpajak kat KFC..
order makanan,,,
6.15 pm boleh duduk n belasah KFC sampai licin~!!
sampai pukul 6.25pm~!!!

okey masa kat kfc,
macam2 benda sengal berlaku tapi aq malas nak menaip ...!!
so....aq nak lompat troz kat babak mase perjalanan dr kfc ke kolej....!!

*perjalanan dr kfc ke kolej ...
memang mencabar , sebab
1) hujan lebat
2) perut senak (pastu kena lari ,
ye la payung x bawa, padan muke :(
3)kesuntukan mase

*kesimpulanya...
aq n member aq lari macam
orang kena kejar hantu ~!!
mane tak nyeee,,,,,lintas jalan pun ...
main redah je,.....tak tengok keta langsung ...
(coz mase ni tahap kecuakan dah level maximum
ditambah pulak hujan lebat...!! memang lari ...
dah macam masuk gear 5 n troz pecut...!! )

p/s : adoi ...tetibe tahap kemalasan aq dah memuncak ke tahap x boleh nak diubati ...~
ade lagi byk perkara yg menarik berlaku, tapi aq malas nak taip...!!
so, aq berhenti stakat ni je la...!!
aish....fenat ...fenin ....finish!!

Sunday, February 20, 2011

ramai kawan ramai lawan!!

(sowi, tepek gambo ko , x minta izin, hahaha,
maafin guwe yeeerrrr)
sebab
gambor ko , betepatan ngan tema n irama tajuk
post aq tuk kali ni hehe :)

------------------------------------------------------------------------------------------------------!!

tajuk memang agak suwey..
tapi tu hakikat hidup kat atas muka bumi ni ..

x smua orang mampu bertahan dengan
diri kita terutamanya

sikap dan
perkataan yg kita lontarkan saban hari ...!!

----------------------------------------------------------------------!!

ayat2 di atas ,
xde kena mengena dgn sape2..
smua dituju khas tuk diri aq ni ..
bukan nak gebang tahap kembang
menyatakan aq ni ramai kawan ...
(cuma nak bgtaw , disebabkan mulut aq yg kecoh lg kepoh ni
ramai gak orang kat luar sane dah jadi kawan aq ...
ye la....aq bukan kisah sape2 pun , aq main tegur je hahaha :)

-------------------------------------------------------------------------!!

*tetibe* ckp soal hati lak....
blog aq, ikot suka aq la nak taip ape !! :P hehehe~

okey , tuk bersih kan hati aq yg memang sedia
karat lagi hitam pekat...
artikel yg di postkan oleh rakan aq ni (wajihah) thanx dear :)
sesuai sgt tuk aq praktikkan....


Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih.”

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 x sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” (Surah Ikhlas) sebanyak 3X.

5. Berma’af-ma’ afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakanlah “Aku sebenarnya.. ….(perkara yang elok-elok belaka).

7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!

8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat.

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Menutup aurat mengikut Islam yang sebenar terutama wanita, bersegera dalam solat dan sebagainya.

17. Pesan pada orang, jadi baik.

18. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dan sebagainya), jangan dengar orang mengumpat.


-----------------------------------------------!!


p/s :

byk pekara2 kat atas, aq x mampu nak buat ,

tapi insya Allah , aq cuba ...

(coz blom cuba , blom tau)

doakan aq bejaya tuk amalkan yea ..tq :)



Tuesday, February 15, 2011

TITIPAN BUAT MUSLIMAH BY (kawan) JUWAIRIAH YAZID haha

"Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki."

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.

Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang.

Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.

Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.

Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku karena itulah yang dituntut oleh Allah.

Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak kunafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu karena ia semata-mata untukmu.

Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.

Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa.

Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.

Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku.

Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.

Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu.

Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.

Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.

Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu karena kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu.

Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi.

Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu.

Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.

Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.

Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu karena dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku karena-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah.

Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.

Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.

Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.

Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.

Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.

Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.

Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi..

Wahai wanita, ku ingatkan diriku dan dirimu, peliharalah diri dan jagalah kesucian.. semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup ini....

InsyaAllah.. :)



Thursday, February 10, 2011

tired !!


pe lagi jom tidoz~!

zzzZZZZzzzz !!


laz but not liz :

hapi holiday,
(nak gebang, hakikat nya
cuti weekend je pun =)

Siapa Yang Cantik? | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Siapa Yang Cantik? | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Monday, February 7, 2011

peminat !!


post kali ni,
memang saje, aq nak
gebang sampai kembang....~!!

hari ni,
ada seseorang,
mengatakan dia minat kat blog aq nie..
(blog je ok, bukan org nyeee,
kpd dot dot dot tulun jgn pikir jauh2 plak)

wow!! dgn rase kembang thp kumbang
hati aq nie.....~

INGIN AQ UCAPKAN RIBUAN N JUTAAN
TRIMA KASIH SGT2....

LOVE U, JIHA :)


Friday, February 4, 2011

RESULT~!!


come out unexpectedly 'cause

during de final exam period
i didnt do enough preparation
plus most of my time i spent on
something nonsense~!!

conclusion :
(i play hard , study less) =.='

but as usual....

ALHAMDULILLAH!!!

and

i want to thanks
to those people who giving me
encourage to study more harder

YOU ARE AWESOME GUYS!!!
THANK YOU SO MUCH :)

rami, jiha, fiqa,
min, b, ammu,
amin, nad

p/s : CGPA (3.17)
(actually my target 2 and above
but my *rezeki* to get 3 and above
still with me, n yes, alhamdulillah i got 3.17)





Monday, January 31, 2011

ASS + SIGN + MENTAL = ASSIGNMENT


sesungguh nya
cuti go xi fa cai
hancur bekecai .........T-T

3 assignments frm

madam reshma
coronary circulation

madam sailaja
thermotherapy
(any 4 treatments XCEPT
5 treatments that she given in note)

miss alia aziz
dram n label

p/s : YA ALLAH MUDAHKAN LA AQ N RAKAN2 tuk siapkan
semua tugasan di atas , AMIN ...:)




Friday, January 28, 2011

macam bangang tp nak gak BERGEBANG!!


ary ni : 29/1/2011

okey, tarikh ni agak suwa suwey gud nite
tuk diri aq...~

aq betolak ke KEMAMAN terengganu....!!
ade hal nak kena wat kat sane....!!
yg pasti *hal* yg aq nak buat kat sana adalah
HALAL
di sisi AGAMA n UNDANG2 di malaysia...!!

tapi dalam pada aq nak begebang kat blog
aq pi kemaman....!!

aq bru sedar , betapa

BANGANG NYEEE AQ NIE....!!

(mane x bangang n ngok nyeee...
ary isnin 31/1/2011 ada 2 test
anatomy n physiology 2
n electrotherapy, gila ar...
dah la x revise ape2 lagi nie...)

ok ar ....aq rase ade masa lg nie,
kalo aq nak bace nota
drp melayan
blog aq n blog org lain...=.='

p/s : kpd yg sudi bace post aq
yg bekutu dan behantu nie...
doakan aq n rakan2 aq yg lain mudah tuk jawab
test ary isnin nanti ok....~TQ

p/s for myself : ATIQAH BT YAZID
STUDY HARD~! DONT BE STUPID~!


Tuesday, January 25, 2011

kehidupan sebelum sejarah yang bedarah!!

gambar ni menunjukkan aq still bazirkan mase tuk
layan blog aq n blog orang lain...coz setan blog ni
besar sgt, tu yg aq mudah terhasut :'(



tajuk pun dah bedarah,
so, makna nye ,,...

kehidupan aq betambah perit lg tekepit...
coz smua subjek sem ni.....
agak (memang) KILLERS!!! @@

.............................................................................

HARI NI BEDARAH BETAMBAH PASRAH
SEBAB :

MADAM FAV AQ, SAMPAI KIAMAT =)
MENGUMUMKAN KPD * plajar sept intake
DAN PELAJAR GROUP 1
including aq la tuuuu....~.~'

  • 28/1/2011 - bagi tajuk tuk wat assignment
(submit 28/2/2011 sblom 5.30 p.m)

  • 31/1/2011 - ada test kecil- kecilan

  • 15/2/2011 - ada test kecil- kecilan

(test kecil- kecilan, sila ambil perhatian,
kalo x nak kena BEBELAN,
khas dari madam, ape lagi ....
JOM START STUDY!!)

...............................................................................................................................

p/s : terutama kpd diri aq yg malas thp lipas ni,
sila STUDY HARD, DONT BE STUPID!!
STOP BLOGGING!!

kpd rakan2 yg lain yg sudi, bace blog aq yg bePUSAKA lg bePUAKA ni,
jom belajar....!! (aq x suka dipaksa, dan aq xkan memaksa sesiapa,
ayt ni khas tuk sape2 yg sudi nak trima sahaja) ^^

GUD LUCK :)

Saturday, January 22, 2011

wallaaaa wey!! JOM KE KOLEJ!!


jom kecoh thp hancur kan otak!!

sepanjang 2 minggu,
aq ke hulu n ke hilir....
perak, cameron highlands,
K.L (kelana jaya, jalan ipoh)......!!

sedar x sedar...
cuti dah khatam(habis) ar....!! T-T

ape lg, mula la semester baru
tuk aq tempuhi....
yg pasti akn menghancuri otak ku ini...~ @@

tapi its okey...~

selama aq hidup kat muka bumi nie,
aq selalu je hancurkan otak...sebab
stiap benda yg nak kena buat, smua nye guna otak ~:)
jadi.......stakat otak hancur tuk belajar ...
APE ADE HAL.... ^^

p/s to myself : ATIQAH BINTI YAZID, START
STUDY STUDY STUDY!! STOP BEING LAZY!!

Friday, January 21, 2011

aq merindui dan menyesali~


@ 21/1/2011

  • tgh hari
aq pi HKL, tuk bawa balik mak teh -normala
(adik abah aq yg bru bersalin anak perempuan),
sepajang perjalanan (dalam keta)
aq yang dukung bayi, ya ALLAH masa tu tangan aq lenguh gila,
tp aq xtau, aq dapat kekuatan dr mane, aq masih betahan dukung bayi tu
sampai kat rumah.

  • petang sampai ke malam

aq n juwai (adik aq) betolak balik ke putrajaya,
selepas teperam lg terendam kat rumah nenek
beberapa hari...~
naik keta ngan pak su 2-hanafiah
(adik kembar abh aq)
sblom pajak kan diri kat rumah putrajaya ......
pak su bawa kiteorang ngan awek dia skali O(^.^)O

besiaf-siar - alamanda, jambatan wawasan (putrajaya)
shopping - hadiah barang bayi tuk mak teh
santap - dah lapo, pe lg blasah nasi kat alamanda~

  • rumah putrajaya (malam)

lepas habis kemas barang n
campak baju kotor dlm mesin (dan basuh)
aq layan citer drama korea,

siyez, aq xtau nape....
mate n fikiran aq boleh tembus tv ...

tetibe aq tepikir pasal bayi (anak mak teh),
n aq teringat abah n arwah mak,
masa aq kecik (bayi)...dieorang jaga aq ngan penuh kasih syg
walaupun penat , dieorang x mengadu keletihan n betahan melayan
stiap kerenah aq yg menjengkel kan .....

tapi sekarang bila aq dh meningkat dewasa,
aq x tinggal bersama abah tuk memberi khidmat
kepada abah kerana telah berusaha mencari rezeki
tuk besarkan aq...

terdetik kat dlm hati ni perasaan menyesal n
rindu kat abah di melaka....
*air mata mengalir ....hmmm...

ABAH N MAK N UMI,

TIQA MINTA MAAF~!

Thursday, January 20, 2011

stiap perkara ade perubahan...~?


bagi aq, perubahan yg ketare dlm hidup aq yg
paling dahsyat ialah.....

perasaan
pelajaran

-----------------------!

perasaan,

mase aq umo, setahun jagung,
aq TERsuka seorang hamba ALLAH ni ,
dan perasaan tu kekal up till now..........................................!!

pelajaran,

dari bidang agama, berubah ke
bidang perubatan ..................................!!

dalam 2 pekara kat atas ni , perubahan dr segi perasaan tu adalah ujian paling besar bg aq tuk hadap, tapi macam biasa, aq mampu berdoa supaya ALLAH beri kekuatan kepada aq tuk hadapi ujian ini, ...iaitu aq berdoa supaya perasaan aq dekat hamba Allah ni akn hilang , n perasaan tu berubah dr perasaan cinta kepada hamba ALLAH ni, kepada cinta bulat kepada MAHA PENCIPTA sahaja. AMIN :)