sambil menaip blog ni , aku tengok hanset,
waktu panggilan bertuah aku masuk ...
okey, mnegikut hanset aku,
panggilan bertuah aku masuk tepat jam 10.09malam
bertarikh 30/10/2013..
Panggilan bertuah...
bertuahlah sangggaaaattttt...
kenapa aku kata bertuah sebab...
panggilan ni, panggilan rezeki yang Allah bagi...
sape yang call- mak cik aku (aku panggil dia, mak uda/uda tuk ringkasan)
dari mana call- dari kelana jaya
masa call- sila rujuk kat atas
tujuan call- jom teman uda bercuti dan beramal jariah di SURABAYA!!!
dialog 1: aku dan uda
aku: assalamualaikum uda..
uda: waalaikumussalam, aku ingat kau dah tido..
aku: haha...belom lagi la, nape uda?
uda: kau tanya suami kau dulu, sebab uda nak ajak kau
pergi surabaya, nak meraikan befday, bercuti, beramal jariah,
mameen (suami uda) tak dapat teman uda jalan2, sebab dia ada urusan keja
nak kena selesaikan kat surabaya.
aku: bila tu uda?
uda: 14- 17 haribulan
aku: ok, inshaa Allah, bagi tqa 3 minute tuk pujuk suami, nanti tqa telefon balik.
(panggilan telefon dimatikan)
dialog 2: aku dan suami
(sebelum buka mulut, muka aku, sikap aku dah show off
gilerr, feeling happy ter...sangat..ya amat, hanya Allah je tau hahaha,
suami aku yang duduk sebelah aku pandang aku senyum je, sebab bila mood aku
terlebih luar biasa dari kebiasaan, dia dah boleh agak mesti ada something yang aku nak mintak hehehe~:)
aku: abang, uda call dia suruh tanya abang, dia nak ajak tqa pergi surabaya, boleh tak?
suami: bila?
aku: 14-17 haribulan..
suami: bulan 11 or 12?
aku: ???????? (okey, agak ngok sedikit aku ni, boleh plak aku tak tanya bulan kat uda)
aku: okey, tqa wassapp dan tanya balik...
(okey aku berwassaaapp berasappp dengan uda aku, sambil menjawab pertanya suami aku,
dan AKHIRNYAA suami aku IZINKAN...hehehe...ALHAMDULILLAH, SYUKUR sangat,
suami aku tak dapat ikut sebab dia ada kerja dan kelas)
*hahaha...nampak tak malas di situ ...terus je tulis AKHIRNYAAA...
(suami aku suruh forwadkan tarikh , masa penerbangan pergi dan balik kat wassap dia,
sebab senang dia nak ambik aku nanti, bila dah sampai malaysia)
*copy and paste dari wassap berassap~
Date Flight / Depart / Arrive
Thu 14 Nov 2013 QZ8294 KUL 15:40 SUB 17:20
Sun 17 Nov 2013 QZ8293 SUB 11:40 KUL 15:15
![]() |
Inshaa Allah...manusia mampu merancang tapi untuk melaksanakan semua perancangan semua dengan keizinan dan kehendak Allah, Inshaa Allah, Doakan yea, TQ :) |